como crear una pagina web

 

Oleh :  Nor Suriati Binti Jamaludin

Melaka, 12 Jun 2025 – Jawatankuasa EKSA Politeknik Melaka telah menganjurkan  Kursus Pengurusan & Penyelenggaraan Landskap : Seni Penjagaan Pokok & Hiasan Landskap PMK 2025 pada 12 Jun 2025 ( Khamis). Kursus ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari secara atas talian di platform Google Meet. Penceramah jemputan dalam kursus ini ialah Puan Nurul Aqilah Binti Johar dan Encik Mohd Shafrizal Bin Md Hassan, yang merupakan pensyarah daripada Program Seni Bina, Jabatan Kejuruteraan Awam dari Politeknik Merlimau Melaka. Kira-kira 23 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Induk dan Zon EKSA  PMK serta staf PMK.

 

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang teknik penjagaan dan penyelenggaraan pokok secara profesional, meningkatkan kefahaman terhadap kepentingan elemen landskap dalam mewujudkan persekitaran mesra alam dan estetik, menyemai budaya penyelenggaraan landskap secara berkala dan sistematik, menggalakkan perkongsian ilmu dan pengalaman antara peserta dan pakar landskap bagi pelaksanaan landskap di sekitar Politeknik Melaka serta meningkatkan kesedaran tentang bagaimana landskap dapat menjadi komponen utama dalam memperkukuhkan pelaksanaan EKSA di jabatan atau institusi.

 

Kursus ini dimulai ucapan aluan-aluan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik selaku Pengerusi EKSA PMK, Dr.Azlan Bin Muharam. Kursus dibahagikan kepada 3 sesi iaitu Sesi 1: Konsep Asas Penjagaan dan Reka Bentuk Landskap Politeknik Melaka, Sesi 2: Teknik Penjagaan Pokok, Pemangkasan, Pembajaan Pokok dan Sesi 3: Demonstrasi Ringkas Landskap sekitar PMK. Kursus ini diakhiri dengan sesi soal-jawab dan sesi penutup. Rata-rata peserta kursus memberikan maklumbalas yang positif terhadap kursus ini dan berharap agar kursus ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.

 

              

              

 

                 

 

                 

 

 

      

 

 

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas