como crear una pagina web

Oleh: Muhamad Faiz Jofri

Khamis, 19 Jun 2025, Politeknik Melaka - Program “Alirkan Kasih, Segarkan Semangat” telah dianjurkan oleh PSR & TVET ON CAMPUS di Dataran PMK, Melaka. Program ini sebagai satu inisiatif sumbangan air mineral kepada AJK PeKA PMK dan beberapa kelab terpilih sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap komitmen mereka dalam menggerakkan aktiviti pelajar dan komuniti. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk membantu meringankan beban logistik dalam penganjuran aktiviti, malah ia turut menjadi simbol solidariti dan semangat kebersamaan antara pihak penaja/sumbangan dan penerima. Melalui Alirkan Kasih Segarkan Semangat, diharapkan setiap botol air yang disumbangkan dapat menyuntik tenaga, semangat, dan motivasi kepada para ahli untuk terus aktif, produktif dan berdaya saing dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas