como crear una pagina web

21 Jun 2025: Satu sesi perbincangan strategik antara pihak pengurusan tertinggi Politeknik Melaka (PMK) dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni PMK PMK telah diadakan pada pagi ini, bertempat di Bilik Persidangan PMK. Sesi yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dihadiri sembilan orang AJK Persatuan Alumni yang diketuai oleh En. Khairul Nizam bin Khairuddin, P.J.K., selaku Pengerusi Persatuan Alumni PMK.

 Sesi perbincangan ini diadakan bagi membincangkan pelbagai bentuk kerjasama strategik antara pihak pengurusan PMK dan Persatuan Alumni dalam menjayakan program-program yang memberi impak positif kepada komuniti alumni. Selain itu, beberapa cadangan turut dibangkitkan untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak dalam usaha membina jaringan yang lebih erat dan berkesan demi manfaat bersama.

 Perbincangan ini juga membuka ruang kepada alumni untuk terus memainkan peranan aktif dalam pembangunan institusi serta mencetuskan inisiatif yang dapat menyumbang kepada kemajuan pelajar dan graduan PMK. Pelbagai idea bernas telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak sepanjang sesi berlangsung dalam suasana yang harmoni dan konstruktif.

 Menurut Pengarah PMK, Dr. Hjh. Shahiza binti Dato’Ahmad Zainuddin, sesi ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih produktif dan saling melengkapi antara institusi dan alumni dalam menyokong misi pendidikan tinggi negara.

 En. Khairul Nizam pula menyatakan komitmen penuh Persatuan Alumni dalam menyokong agenda pembangunan PMK dan menzahirkan penghargaan atas ruang dialog yang telah diberikan.

PMK berharap agar sesi seumpama ini dapat dijadikan platform berterusan dalam menjalin sinergi antara institusi dan alumni untuk memperkasa agenda pendidikan dan pembangunan insan secara menyeluruh.

                 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas