PROGRAM LATIHAN KOMPETENSI KEMAHIRAN BELIA CIDB MALAYSIA (GAS PIPE FITTING)
Oleh : Abd Halim Bin Mahat
CIDB Negeri Johor, 3 Jun 2025 - Seramai 14 pelajar Politeknik Melaka 13 pelajar DKM dan seorang pelajar DKA telah berjaya mendaftarkan diri ke ABM wilayah Selatan untuk Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia CIDB Malaysia (GAS PIPE FITTING). Ini adalah projek rintis yang julung-julung kali diadakan antara Politeknik Melaka dan ABM Wilayah Selatan.
Berikut antara kelebihan pelajar yang menyertai program ini :
i. Pengalaman dan Pengiktirafan Tambahan:
• Pelajar akan menerima pensijilan tambahan yang diiktiraf oleh CIDB, meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.
• Sijil ini membolehkan pelajar memohon lesen kompetensi yang diperlukan dalam sektor pembinaan.
ii. Peningkatan Kemahiran Teknikal
• Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memantapkan pengetahuan teknikal yang diperoleh semasa latihan industri.
• Pelajar akan mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dalam industri.
iii. Peluang Jaringan Profesional:
• Melalui kerjasama dengan CIDB, pelajar dapat mengembangkan rangkaian profesional mereka dengan berhubung terus dengan pemain utama dalam industri pembinaan dan kejuruteraan.
• Ini membuka peluang untuk program mentoring dan internship lanjutan
iv. Meningkatkan Prospek Kerjaya
• Graduan yang memiliki sijil kompetensi dari CIDB akan lebih mudah diterima bekerja oleh syarikat pembinaan kerana mempunyai kemahiran yang diiktiraf.
• Program ini juga menyediakan landasan untuk pertumbuhan kerjaya, termasuk kenaikan pangkat dan peningkatan gaji berdasarkan sijil profesional yang diperoleh
Terima kasih kepada semua JK GRADPRO Politeknik Melaka kerana berusaha untuk meyakinkan pelajar menyertai program ini. Diharapkan semua peserta dapat menamatkan latihan selama 3 bulan dan seterusnya dapat memasuki industri dalam bidang yang diminati mereka Oil & Gas. Selamat Maju Jaya.