como crear una pagina web

28 Februari 2025: Centre of Building Technology (CoBTech) Politeknik Melaka amat berbesar hati menerima kunjungan dari pihak JPPKK bagi memenuhi sesi pra verifikasi pencapaian CoBTech ke arah 2-Star Rating. Antara yang hadir adalah En A. Azman bin Arshad (Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi), Ts Dr Mohd Shahrizad bin Elias (Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi), En  Abd Razak bin Salim (Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang), Pn Surina binti Nordin (Pengurus Centre of Tourism and Houspitality, Politeknik Merlimau), En Muhammad Ali bin Romizan dan En Azwansyah bin Zulkifli (Pegawai-pegawai dari BPPI). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Hj. Khairulzamil bin Md. Nazimuddin. Seterusnya majlis disambung dengan ucapan aluan oleh Pengarah BPPI dan disambut dengan sepatah dua kata dari Timbalan Pengarah  Politeknik Melaka, Puan Zeyana binti Abdullah.

 

Sesi verifikasi diteruskan dengan sesi semakan dokumen mengikut elemen. Pegawai yang terlibat bagi setiap elemen menerima banyak tunjuk ajar sebagai persediaan untuk memastikan kesiapsiagaan semasa sesi verifikasi yang sebenar nanti. Tujuh elemen yang diverifikasi adalah seperti berikut:

i.Kolaborasi

ii.Penyelidikan dan inozvasi

iii. Khidmat kepakaran

iv. Penerbitan

v. Pengiktirafan

vi. Pengajaran dan pembelajaran

vii. Penjanaan pendapatan

 

Secara keseluruhannya, auditor merumuskan ketersediaan COBTECH adalah 7/10 untuk menghadapi audit yang sebenar nanti. Semua ahli jawatankuasa COBTECH akan meneruskan pengemaskinian dokumen dan melengkapkan mana yang kurang berdasarkan kepada komen dan tunjuk ajar dari para auditor. Pihak COBTECH amat memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua warga PMK untuk memastikan kejayaan mencapai 2 Star Rating bagi COBTECH Politeknik Melaka.

 Sesi pra- verifikasi ditamatkan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenang- kenangan. Semoga sesi verifikasi yang sebenar nanti akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

 

 

 

 

 

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas