MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT INDUSTRI (JPI) POLITEKNIK MELAKA 2025
Oleh : CISEC Politeknik Melaka
10 Jun 2025, PMK – Politeknik Melaka amat berbesar hati menerima kehadiran penasihat-penasihat industri bagi menjayakan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) Politeknik Melaka Bil 1/2025. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Shahrul Nizar bin Shaari yang merupakan Pengarah Innovacia Sdn Bhd dan dihadiri oleh 7 orang ahli JK Penasihat Industri PMK bersama pengarah Politeknik Melaka, Dr. Hjh. Shahiza binti Dato’ Hj. Ahmad Zainuddin, Pn. Zeyana binti Abdullah (Timbalan Pengarah), Dr.Azlan bin Muharam (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik), ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit Politeknik Melaka. Watikah Pelantikan sebagai Ahli JK Penasihat Industri PMK yang baharu kepada Pn Marlina Binti Omar (Ketua Pegawai Eksekutif Taman Sari Legacy Sdn Bhd) telah diserahkan sebelum mesyuarat dimulakan. Antara intipati mesyuarat adalah tentang aktiviti yang boleh dijalankan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pihak industri dengan Politeknik Melaka. JPI juga turut meluangkan masa untuk mengadakan perbincangan ringkas bersama jabatan akademik mengikut kepakaran masing-masing bagi membincangkan halatuju dan aktiviti-aktiviti kolaborasi yang boleh dilaksanakan oleh Jabatan Akademik bersama pihak industri.
Syabas dan tahniah kepada Unit CISEC dan Urusetia Kolaborasi di atas kejayaan penganjuran mesyuarat.
Senarai nama Penasihat Industri yang dapat hadir adalah:
- YBrs. Ir. Shahrul Nizar bin Shaari (Pengarah Innovacia Sdn Bhd)
- En. Mohd Zaidi Bin Rahmat (Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan)
- En. Abd. Halim bin Husin (Managing Partner, AA Associates Chartered Accountants
- En. Mahazir bin Ahmad (General Manager, Human Capital & Administration Division, Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd
- Mr. Wong Koon Sang (Business Development Manager, Sealestial Marine Seafarer Training Centre (SEAMASTER
- En. Norhishamuddin Bin Annuar (General Manager Human Resources & Administration,Honda Malaysia Sdn Bhd)
- Pn. Marlina binti Omar (Ketua Pegawai Eksekutif ,Taman Sari Legacy Holdings Sdn Bhd)