Bengkel AR dalam Pembangunan e-Book cungkil kreativiti pensyarah PMK
Politeknik Melaka - 23 JUN 2025 telah berlangsung Bengkel AR dalam Pembangunan e-Book bertempat di TECC 1.0, Politeknik Melaka Bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman asas mengenai teknologi Augmented Reality (AR),mendedahkan peserta kepada alat dan perisian asas dalam pembangunan kandungan AR dan melatih peserta menghasilkan eBook interaktif yang mengintegrasikan elemen AR.Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Mohd Khalid Bin Mokhtar pensyarah Utama UTeM.