como crear una pagina web

Pada 7hb Mei 2025, PMK telah menerima penarafan 5 bintang bagi penggunaan ruang pembelajaran kolaboratif atau TECC melalui penarafan TECC Star Rating yang dianjurkan oleh BIPD pada 2024. TeCC Rating Score adalah satu sistem dalam talian yang dikawal oleh Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD) untuk memantau kegunaan TeCC di setiap Politeknik. Melalui TeCC Rating Score, status penggunan TeCC akan dinilai
dan diberi status secara jumlah Bintang (Stars).

Terdapat 3 elemen yang dinilai melalui TECC Star Rating iaitu:

1. Pembelajaran dan Pengajaran di TECC,

2. Pengurusan Ruang TECC

3. Perkongsian Maklumat TECC Pencapaian KPI ini diambilkira pada setiap hujung tahun.

PMK telah Berjaya mengekalkan rekod cemerlang 5 bintang sejak pertama kali dinilai sekitar tahun 2020. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang telah bertungkus lumus memenuhi kriteria yang telah ditetapkan bagi mengekalkan kecemerlangan ini.

Syabas dan Tahniah.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas