como crear una pagina web

Fiesta Transformasi Insan PMK merupakan inisiatif yang bertujuan menampilkan pencapaian akhir bagi setiap elemen yang telah dilaksanakan sepanjang pelaksanaan Modul Transformasi Insan bagi sesi II 2024-2025. Program ini lebih kepada platform pentas akhir yang menghimpunkan semua aktiviti dan pencapaian peserta daripada empat elemen utama yang telah mereka jalani.Bagi E1 ; Model Dari Langit akan menyaksikan pertandingan pentas akhir pengucapan awam terdiri daripada pelajar sem 1.Manakala bagi E2 ; Pemimpin Tersohor akan mempersembahkan pembentangan akhir projek-projek kepimpinan yang telah dijalankan oleh para peserta sem 2. Bagi E3 ; Terpaling Professional lebih berbentuk slot perkongsian ilmu daripada penceramah luar yang berpengalaman dalam bidang berkaitan sebagai inspirasi serta ilmu tambahan kepada peserta khusus bagi pelajar sem 3. Dan terakhir, E4 ; Keusahawanan, akan menampilkan pembentangan projek keusahawanan yang telah dihasilkan oleh peserta sepanjang program yang melibatkan pelajar-pelajar kelab keusahawanan dan pelajar sem 4 PMK.Penganjuran program ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada peserta menampilkan hasil pembelajaran mereka dalam proses yang dilalui sepanjang pelaksanaan MTI selama 10 minggu, di samping memberi pengiktirafan terhadap usaha yang telah mereka curahkan sepanjang program. Penganjuran ini sebagai medan penilaian dan refleksi keberkesanan pelaksanaan program Modul Transformasi Insan, di samping memperkukuh nilai sahsiah, kepimpinan, profesionalisme, keusahawanan, dan personaliti dalam kalangan pelajar PMK.Secara keseluruhannya, Karnival Transformasi Insan PMK ini diharapkan dapat menjadi satu platform yang bermanfaat dalam membentuk individu yang lebih berketerampilan, berdaya saing, serta mempunyai jati diri yang mantap dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas