IEEP BUKA MINDA PELAJAR PROJEK AKHIR BERSAMA PENGARAH ASTANA DIGITAL SDN. BHD.
Oleh: Muhamad Faiz Jofri
Politeknik Melaka, 30 April 2025 – Program Integrated Entrepreneurship Enhancement Program (IEEP) berjaya dilaksanakan mengikut objektif penganjur. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 ptg ini telah dijalankan di TECC Room 2, Politeknik Melaka dengan penyertaan semua pelajar kursus Projek Akhir. Mr. Saiful Azmi bin Hamzah, Pengarah Astana Digital Sdn. Bhd., sebagai trainer telah berkongsi pengalaman luas beliau dalam bidang Internet of Things (IoT) digital teknologi. Beliau juga menekankan aspek penting dalam melakukan sesuatu projek yang melibatkan IoT dalam sesuatu projek pelajar. Melalui latihan yang dinamik dan interaktif, para pelajar berpeluang mendapatkan panduan langsung daripada industri sebenar. Perkongsian ini bukan sahaja memberi inspirasi, malah membuka minda pelajar terhadap cabaran dunia IoT sebenar, khususnya dalam bidang Kejeruteraan Mekanikal dan inovasi teknologi. Pelajar menunjukkan penglibatan aktif sepanjang program, terutamanya ketika sesi soal jawab dan perbincangan kumpulan. Mereka juga diberi peluang membentangkan idea projek akhir masing-masing dan menerima maklum balas terus daripada trainer. Program ini merupakan sebahagian inisiatif pensyarah kursus Projek Akhir untuk memastikan pelajar bukan sahaja menguasai kemahiran teknikal, tetapi juga bersedia menghadapi realiti inovasi yang melibatkan IoT dan keperluan dunia dalam membina atau merekabentuk teknikal. Kejayaan penganjuran IEEP ini membuktikan bahawa kerjasama dengan pihak industri mampu memperkasakan pengetahuan serta nilai tambah dalam diri pelajar. Ia juga menjadi platform terbaik dalam membina jaringan profesional antara pelajar dan pemain industri serta memberi pengetahuan mengenai IoT dalam projek akhir pelajar kelak.