LAWATAN AKADEMIK KE SPRM: MENYEMAI NILAI INTEGRITI DALAM KALANGAN MAHASISWA
Oleh : MUHAMAD FAIZ BIN JOFRI
21 April 2025, SPRM Melaka-Pada 21 April 2025, seramai 40 orang pelajar yang mengambil kursus Integriti dan Anti Rasuah (KIAR) telah mengadakan lawatan akademik ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan, fungsi serta operasi SPRM dalam membanteras rasuah di negara ini. Sepanjang lawatan, para peserta telah mengikuti taklimat khas, lawatan akademik, sesi soal jawab interaktif bersama pegawai SPRM serta menyaksikan simulasi siasatan kes rasuah. Program ini telah memberi impak positif kepada para pelajar dengan meningkatkan kefahaman mereka terhadap isu integriti dan kepentingan etika dalam kerjaya masa hadapan. Lawatan ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata serta sesi fotografi kenang-kenangan, dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform pembelajaran luar bilik kuliah yang efektif.