como crear una pagina web

Oleh : Amira Abdul Wahid

Politeknik Melaka - Unit Pengurusan Psikologi telah menganjurkan Program remaja Unggul Aspirasi Negara pada 16 April 2025 bertempat di Dewan Serbaguna, Politeknik Melaka. Program ini turut dibantu oleh beberapa ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Melaka.

​Seramai 47 orang peserta yang terlibat sepanjang program berlangsung dan peserta adalah merupakan pegawai atau kakitangan di Politeknik Melaka.

Program ini mempunyai dua slot. Slot pertama telah dikendalikan oleh Yang Arif Tuan Hj. Azmi bin Ibrahim yang meruapakan Pensyarah Undang-undang Syariah di UNIMEL. Manakala bagi slot kedua telah dikendalikan oleh Tuan Jassmine Effendy bin Sa'aid dari AADK Melaka Tengah.

Bengkel ini dijalankan bertujuan memupuk sikap yang bertanggungjawab kepada pelajar seterusnya meningkatkan motivasi diri agar mempunyai keazaman yang tinggi ke atas perubahan diri. Selain itu, melalui program ini pelajar dapat mengenalpasti punca-punca dan isu-isu yang dihadapi serta kaedah menangani dan memperbaiki diri seterusnya mewujudkan budaya sihat di kalangan pelajar agar dapat memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga tingkahlaku diri, pelajaran dan meneruskan pengajian.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas