Latihan Pembangunan Web/Aplikasi Berasaskan Teknologi Artificial Intelligence (AI)
MELAKA, 5 & 6 Mei 2025 – Seramai 15 peserta telah mengambil bahagian dalam Latihan Pembangunan Web/Aplikasi Berasaskan Teknologi Artificial Intelligence (AI) yang diadakan selama dua hari, 5 dan 6 Mei 2025, di Makmal Telekom, Politeknik Melaka.
Latihan yang dikendalikan oleh pengajar berpengalaman, Encik Abd Razak Bin Md Nor, dan dibantu oleh fasilitator Encik Muhammad Subhi Bin Ismail, bertujuan untuk memberikan pemahaman yang mendalam mengenai konsep AI dan aplikasinya secara praktikal dalam pembangunan web dan aplikasi. Selain itu, latihan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam memanfaatkan teknologi AI terkini untuk menghasilkan solusi digital yang lebih inovatif dan efisien.
Para peserta dijangka akan memperolehi beberapa faedah utama daripada latihan ini, termasuklah peningkatan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang AI, kemampuan untuk mengintegrasikan AI dalam projek pembangunan web dan aplikasi, serta potensi untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan digital yang lebih berdaya saing.