como crear una pagina web

Oleh: Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

Melaka, 17 April 2025 – Program Open Day PMK 2025 yang berlangsung dengan penuh warna-warni pada hari Khamis telah berjaya menarik ribuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat ke perkarangan Politeknik Melaka. Acara yang bermula seawal pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang ini mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja daripada para pelajar dan pensyarah, malah komuniti luar juga turut hadir memeriahkan program.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Allex Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Keusahawanan, Koperasi & Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang hari, antaranya pameran booth yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi luar seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pergigian, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), serta Unit Hasil. Penyertaan pempamer luar ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat serta perkhidmatan secara terus daripada agensi-agensi terlibat.

Selain itu, antara aktiviti lain yang turut menarik perhatian ialah Jualan Rahmah Madani, lebih 30 gerai keusahawanan pelajar, aktiviti STEM, pemeriksaan kesihatan, permohonan terus ke Politeknik, lawatan kampus (campus tour), pameran kemahiran TVET, cabutan bertuah dan pelbagai lagi.

Program anjuran Unit Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Politeknik Melaka ini turut mendapat kerjasama erat daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Melaka serta sokongan padu daripada ketua-ketua jabatan dan unit-unit lain di Politeknik Melaka.

Open Day PMK 2025 bukan sahaja berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan Politeknik Melaka kepada masyarakat luar, tetapi juga berjaya menjadi jambatan yang menghubungkan institusi dengan komuniti melalui pendedahan, interaksi dan perkongsian ilmu serta kemahiran.

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas