POLITEKNIK MELAKA RANGKUL ANUGERAH GEMILANG PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 2024 KATEGORI SUKARELAWAN.
Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair
7 Mei 2025, Klang - Telah berlangsung Anugerah Gemilang Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti 2024 yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL).
Majlis yang berlangsung di KSL Esplanade Hotel, Klang, Selangor dengan tema 'TVET Peneraju Masa Depan' ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Dalam ucapan perasmiannya ada menyebut bahawa KPT sedang melaksanakan langkah-langkah strategik untuk menambah baik sistem pendidikan TVET di negara ini termasuk mewujudkan lebih banyak program berimpak tinggi yang menawarkan kemahiran teknikal yang relevan dengan keperluan industri 4.0 dan meningkatkan daya saing graduan di pasaran kerja.
Nurul Maisarah binti Mazlan pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam telah menerima Augerah Gemilang Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti bagi kategori Kesukarelawanan. Maisarah merupakan alumni YSS yang menjalankan misi di Sabah, Duta Sukarelawan Tahun Melawat Melaka dan giat dalam aktiviti sukarelawan di peringkat JPPKK, Politeknik Melaka dan Negeri Melaka. Pelajar Politeknik Melaka turut dicalonkan finalis bagi dua kategori lain iaitu Anugerah Kepimpinan dan Anugerah Keusahawanan.
Politeknik Melaka sentiasa mengekalkan kecemerlangan akademik para pelajar disamping kemenjadian pelajar di dalam pelbagai bidang yang lain. Tahniah diucapkan.