TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI 2 DAN PROGRAM HARI KERJAYA 1/2025
Oleh : Unit CISEC
5 MEI 2025 seramai 69 orang pelajar semester akhir yang terdiri daripada program DKA, DJK, DKM, DPI dan DAT telah menjalani taklimat latihan industri kali kedua dan Program Hari Kerjaya 1/2025 bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI telah disampaikan oleh Encik Sahzali bin Mohd Ramli dan Encik Mohd Fahmi bin Abd. Razak selaku Pegawai Perhubungan Latihan Industri. Taklimat yang diberikan adalah berkaitan penulisan buku log book dan laporan akhir serta perkara-perkara sebelum, semasa dan selepas menjalani latihan industri. Program Hari Kerjaya pula taklimat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari PERKESO terdiri daripada Pn. Nittiya Manoharan, Pn. Prabavathi A/P Papa Rao, En. Muhammad Afiq bin Roslan dan En. Murrali A/L Manugaran. Taklimat yang diberikan adalah berkaitan MYFutureJobs, grooming dan hala tuju kerjaya. Program ini sangat penting untuk persediaan para pelajar sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau mereka yang memilih untuk bekerja setelah tamat pengajian di peringkat Diploma Politeknik. Pengisian program ini juga terarah kepada penampilan dalam menghadiri temuduga yang berkesan dan persediaan untuk menjalani latihan Industri.