STRIKE IT BOWLERS, BOWLING TOURNAMENT ANJURAN COMMERCE CLUB PMK
Disediakan oleh: Nur Izzatie Husna binti Zawawi
18 APRIL 2025, Jumaat - Sebuah pertandingan bowling telah dianjurkan oleh Commerce Club PMK. Pertandingan ini telah melibatkan serama 54 orang pelajar dan 8 orang pensyarah. Pertandingan ini telah diadakan di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Ayer Keroh Melaka.
Terdapat tiga (3) kategori yang telah dipertandingkan iaitu, Kategori Pelajar Lelaki, Kategori Pelajar Perempuan dan Kategori Pensyarah.
Bagi Kategori Pelajar Lelaki, tempat pertama berjaya dimenangi oleh Mohammad Nazim bin Mohd Izam dengan nilai jatuhan pin sebanyak 282 diikuti oleh Muhammad Danish Haqeem bin Hashim dengan nilai jatuhan pin sebanyak 267 di tempat kedua. Bagi tempat ketiga pula dengan kutipan mata 246 berjaya dimenangi oleh Navin A/L Anbalagan.
Bagi Kategori Pelajar Perempuan pula, tempat pertama berjaya dimenangi oleh Nur Athirah Balqis binti Mohd Faizal dengan nilai jatuhan pin 205 diikuti ditempat kedua dan ketiga dengan nilai mata yang sama iaitu 201 berjaya dimenangi oleh Nurul Aqilah binti Omar dan Ashveera Ashwa binti Anuar.
Bagi Kategori Pensyarah pulam, tempat pertama berjaya dimenangi oleh Cik Nur Izzatie Husna binti Zawawi dengan nilai jatuhan pin sebanyak 269 dan diikuti dengan Encik Mohd Norulhisyam bin Hassan di tempat kedua dengan kumpulan jumlah mata sebanyak 199. Bagi tempat ketiga kategori pensyarah berjaya dirangkul oleh Puan Zaihasra binti Rukiman dengan nilai mata 197.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi agar persaingan secara sihat dalam kalangan pelajar dapat dipupuk menerusi program kesukanan.