WATIKAH PELANTIKAN JPP TAHUN 2025
Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair
Melaka, 5 Mac – Majlis Watikah Pelantikan bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Melaka telah berlangsung dengan penuh rasmi, melibatkan barisan kepimpinan pelajar dan pihak pengurusan Politeknik Melaka.
Majlis ini merupakan penyampaian watikah pelantikan kepada ahli-ahli JPP yang dipilih untuk menerajui kepimpinan pelajar sepanjang sesi ini. Turut hadir dalam majlis ini adalah barisan ketua jabtan akademik, pegawai hal ehwal pelajar, serta penasihat mpp yang memberikan sokongan serta amanat kepada pemimpin pelajar yang baru dilantik. Saudari Nur Ainaa Sofiyah binti Muhammad Hamizan yang telah dilantik sebagai Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengetuai bacaan ikrar ahli-ahli JPP Politeknik Melaka.
Pelantikan ini melahirkan komitmen JPP dalam menjalankan tanggungjawab sebagai perantara antara pelajar dan pihak pengurusan, sekaligus memastikan kebajikan dan pembangunan pelajar terus diperkasakan.