SEMINAR ON ACCOUNTING POLICIES, CHANGES IN ACCOUNTING ESTIMATES & ERRORS
Pada 27 Februari 2025 telah berlangsung program Industry Expert Enrichment Program (IEEP) untuk kursus DPA40093 Financial Accounting 4 anjuran Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka (PMK) yang bertajuk “Seminar on Accounting Policies, Changes in Accounting Estimates & Errors” di Dewan Serbaguna PMK. Penceramah jemputan adalah Encik Muhammad Alif Bin Hamdan yang berkhidmat sebagai Penolong Akauntan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan alumni program Diploma Akauntansi (DAT) PMK ambilan Disember 2014. Program ini disertai oleh 78 orang pelajar DAT semester 4 yang mengambil kursus DPA40093 Financial Accounting 4. Objektif program adalah untuk mendedahkan pelajar dengan praktis sebenar yang diamalkan di industri berbanding pembelajaran secara teoritikal di Politeknik untuk topik Accounting Policies, Changes in Accounting Estimates & Errors. Di samping itu, penceramah juga menyelitkan perkongsian perjalanan kerjaya dan perkongsian pengalaman beliau semasa bergelar seorang pelajar di PMK. Semoga peserta program dapat lebih memahami topik berkenaan serta menyuntik semangat pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pengajian.
Disediakan oleh : Norizah Binti Mahasan