Penyertaan Staf PMK Di Kejohanan Sukan Antara Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Melaka Kali Ke-5, Tahun 2025.
Oleh : JSKK Politeknik Melaka
Kejohanan Sukan Antara Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Melaka Kali Ke-5, Tahun 2025 telah berlangsung dari 17 hingga 23 Februari 2025, dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Sukan Negeri Melaka. Kontinjen Politeknik Negeri Melaka adalah gabungan Staf Politeknik Melaka dan Staf Politeknik Merlimau Jabatan. Pasukan Politeknik telah menyertai 5 Sukan iaitu Badminton, Ping Pong, Tenpin Boling, Karom dan Dart. Tahniah kepada semua yang terlibat dan syabas kepada para atlet atas usaha gigih serta kejayaan membanggakan untuk Pasukan Politeknik khususnya Politeknik Melaka. 

Kontinjen Politeknik Negeri Melaka

Pasukan Badminton Politeknik Negeri Melaka

Pasukan Ping Pong Politeknik Negeri Melaka

Pasukan Karom Politeknik Negeri Melaka

Pasukan Tenpin Boling Politeknik Negeri Melaka

Pasukan Dart Politeknik Negeri Melaka