PROGRAM WATIKAH PELANTIKAN PRSPMK SESI 2 2024/2025
Oleh : Amira Abdul Wahid
UTC Melaka - Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Melaka pada 13 Februari 2025 bertempat di Aras 1, UTC Melaka. Seramai 29 orang ahli PRS yang telah terlibat sepanjang program ini berlangsung.
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr Azlan bin Muharam telah menyampaikan Sijil Watikah Pelantikan kepada yang terpilih dan majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair bagi mewakili Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar.
Majlis Watikah pelantikan PRS ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua ahli PRS yang terpilih untuk menjadi Majlis Tertinggi & Exco Pembimbing Rakan Siswa bagi Sesi 2 2024/2025. Antara objektif lain bagi program ini adalah untuk meningkatkan tahap motivasi pelajar yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan lebih baik dan penuh dedikasi seterusnya memberi pengalaman kepada pelajar mengenai pelaksanaan majlis rasmi.
Laporan disediakan oleh:
Unit Pengurusan Psikologi
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Melaka