BENGKEL PENULISAN KERTAS KERJA & LAPORAN
Oleh : Amira Abdul Wahid
UTC Melaka - Unit Pengurusan Psikologi telah menganjurkan Bengkel Penulisan Kertas Kerja & Laporan pada 13 Februari 2025 bertempat di Aras 1, UTC Melaka. Seramai 29 orang ahli PRS yang telah hadir sepanjang bengkel ini berlangsung dan bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pn Amira binti Abdul Wahid, Pegawai Psikologi Politeknik Melaka merangkap Penasihat Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Melaka.
Kertas laporan berfungsi sebagai instrumen untuk merekod dan penilaian pelaksanaan aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan. Kertas cadangan yang baik menjelaskan secara lengkap semua aspek penting dalam rancangan aktiviti manakala laporan yang berkesan melaporkan secara objektif gerak kerja aktiviti yang sudah dijalankan. Oleh yang demikian, kemampuan menyediakan kertas cadangan dan kertas laporan yang memenuhi keperluan organisasi adalah penting bagi memastikan kelancaran aktiviti yang dijalankan dalam organisasi.
Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan kepentingan penulisan kertas kerja & laporan. Selain itu, peserta dapat mempelajari serta menghasilkan kertas kerja & pelaporan yang kemas dan mengikut standard yang ditetapkan pada masa akan datang di samping dapat mempelajari format penulisan kertas kerja & laporan yang lebih sistematik.
Laporan disediakan oleh:
Unit Pengurusan Psikologi
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Melaka