PROGRAM CAKNA KOMUNITI : KEMBARA KASIH DUN PENGKALAN BATU
Oleh: Muhamad Faiz Jofri
15 Februari 2025 | Sekolah Menengah Sultan Muhammad (SMSM), Melaka - Merasmikan sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Pengkalan Batu. Penuh dengan pelbagai aktiviti komuniti, dimulakan dengan senamrobik dan perlepasan konvoi Kembara Kak Som yang akan mengembara menyantuni 250 buah rumah secara serentak. Pelbagai golongan masyarakat yang disantuni hari ini iaitu warga emas, kanak-kanak, Oku dan golongan kurang berkemampuan.
Program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka | Jkmn Melaka Melaka ini, pada Kak Som adalah nadi utama mendekatkan wakil rakyat dengan masyarakat terutama mengenai hal-hal kebajikan rakyat. Inilah yang YAB DSU Ketua Menteri mahukan. Kak Som doakan semua penerima bantuan sentiasa dalam rahmat Allah Swt.
Kepada semua sukarelawan pemimpin kerajaan dan parti yang turun padang mewakili Kak Som menyampaikan sumbangan, YB Datuk Fairul Nizam Roslan Along Exco Sains, Teknologi dan Inovasi dan Komunikasi Digital, Puan Halyjah Muhamad Pengarah JKMN, Datuk Ridhwan Ali , DW Haji Hasnoor Sdg Husin dan kepada semua yang tak dapat Kak Som senaraikan, namun tidak sedikitpun mengurangkan rasa hormat dan terima kasih pada semua. Wakil Politeknik Melaka terdiri dari En. Muhamad Faiz Bin Jofri, En. Arman Bin Md. Said dan Hj. Ishak Bin Ibrahim @ Yem
Terima kasih tak terhingga Kak Som ucapkan kepada JKMN dengan kerjasama 60 agensi termasuk kerajaan, swasta, NGO dan sukarelawan. Hanya Allah sahajalah yang membalas jasa anda semua. JKMN dan rakyat berpisah tiada.
Kuning Emas Masaknya Padi,
Mawar Merah Dalam Jambangan,
Terima Kasih Daun Keladi,
Budi Tuan Jadi Kenangan.
#kaksomuntuksemua
#pengkalanbatubersihindahharmoni
#WakilRakyatUntukRakyat
#manalagimelakaler
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia