como crear una pagina web

Oleh : Munirah Binti Abdul Rahim

Melaka, 27 Jan 2025 - Kluster Pengurusan Pendidikan Tinggi iaitu di bawah Pengerusi JK Penyelaras Penasihat Akademik Politeknik Melaka telah menganjurkan PERJUMPAAN DAN TAKLIMAT BERSAMA PENASIHAT AKADEMIK BAGI SESI II:2024/2025  pada 27 Januari 2025 bertempat di Dewan Serbaguna, Politeknik Melaka.

Seramai  33 orang Pensyarah yang terlibat sepanjang program berlangsung dan peserta adalah merupakan Penasihat Akademik di Politeknik Melaka.Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Arman bin Md.Said yang merupakan mantan Penyelaras Penasihat AkademikPoliteknik Melaka.

Perjumpaan dan taklimat  ini dijalankan bertujuan untuk menerangkan Pelaksanaan Sistem Penasihatan Akademik akademik(SPAk) yang menerangkan konsep pelaksanaan SPAk yang lebih efisien dan sistematik.

Di samping itu, bengkel ini juga menerangkan peranan dan tanggungjawab Penasihat Akademik dalam membentuk nilai diri pelajar-pelajar di bawah jagaan mereka supaya menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

SPAk memberi penekanan Penasihatan mengenai pembelajaran dan pencapaian akademik ke arah kecemerlangan pelajar. Penasihat Akademik menjadi medium untuk membantu kecemerlangan pelajar di dalam pendidikan. Pengurusan SPAk yang cemerlang akan menjana pelajar cemerlang dan berketrampilan.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas