como crear una pagina web

Politeknik Melaka, 17 Jan 2025 - Jawatankuasa TECC Room di bawah unit E Learning Politeknik Melaka telah menganjurkan Bengkel penggunaan TECC ROOM dan 5 Star Rating pada 17 Januari 2025 bertempat di TECC Room 1 dan TECC Room 2, Politeknik Melaka. ​Seramai 16 orang peserta yang terlibat sepanjang program berlangsung dan peserta adalah merupakan pensyarah yang menggunakan TECC Room Sesi II 2024/2025. Bengkel ini telah dikendalikan oleh 3 orang penceramah iaitu Siti Nur Farhana Binti Abdul Aziz, Muhamad Faiz Bin Jofri dan Khairulzamil Bin Md Nizamuddin. Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk memberi panduan kepada pesyarah yang menggunakan TECC Room bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran. Penerangan mengenai 5 Star Rating juga diberikan untuk membantu pensyarah memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan bagi memenuhi syarat 5 Star Rating. Semoga penggunaan TECC Room di Politeknik dapat digunakan secara optimum dan dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam sesi pembelajaran dan pembelajaran terkini.

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas