PROGRAM CSR PELAJAR SEMESTER 1 SESI II 2024/2025 BERSAMA KOMUNITI POKOK MANGGA
Oleh : SITI SALBIAH BINTI AHMAD SHARIFF
9 January 2025, Khamis - Program CSR Minggu Suai Kenal (MSK) Gotong Royong Pelajar Baharu, Politeknik Melaka, Sesi II 2024/2025 merupakan salah satu aktiviti berteraskan khidmat komuniti khusus di Pokok Mangga. Ianya dijalankan di 2 lokasi yang berbeza, iaitu Surau Al-Mubarak dan Balai Raya Taman Pokok Mangga. Program ini melibatkan seramai 72 pelajar baharu Sesi II 2024/2025, 5 staf dan 10 sukarelawan MSK, Politeknik Melaka. Ianya dianjurkan oleh Bahagian Sukarelawan, Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP) dan Muafakat Politeknik Melaka. Ianya dilaksanakan dengan kerjasama Surau Al-Mubarak dan Balai Raya Taman Pokok Mangga, Melaka.
Program ini melibatkan beberapa aktiviti pembersihan di 2 lokasi yang dinyatakan. Bermula jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang. Semua pelajar Muslim ditempatkan di Surau Al-Mubarak dan pelajar Non-Muslim akan ditempatkan di Balai Raya. Semua urusan makan dan minum akan disediakan sepenuhnya oleh Politeknik Melaka, manakala urusan peralatan dan persediaan tempat akan di uruskan oleh Surau Al-Mubarak dan Balai Raya Taman Pokok Mangga, Melaka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pembersihan dalam dan luar kawasan, mengecat 2 wakaf dan menanam pokok kelapa. Semua aktiviti yang telah dijalankan menjadi sumbangan kecil Politeknik elaka kepada Komuniti Pokok Mangga. Melalui aktiviti ini beberapa nilai baik dapat diterapkan seperti kepimpinan, kebersihan, kebajikan, sukarelawan dan kemahiran teknikal serta promosi Politeknik di Sekitar komuniti terpilih.