AURUM HIGH TEA BY COMMERCE CLUB PMK
13 November 2024 - Suatu majlis apresiasi pelajar semester 5 bagi Jabatan Perdagangan telah dijalankan di IBIS Hotel Melaka. Majlis ini telah melibatkan seramai 91 orang pelajar semester 5 Program Diploma Akauntansi dan Diploma Perniagaan Antarabangsa. Majlis Hi-Tea ini dijalankan bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah meluangkan masa sepanjang 5 semester di Politeknik Melaka. Tema bagi Majlis Hightea bagi sesi kali ini ialah Oscar: Modern & Modest.
Sebanyak 4 Anugerah telah diberikan kepada pelajar untuk setiap program. Anugerah yang terlibat ialah:
- Anugerah Ruby - Pelajar Cemerlang Akademik
- Anugerah Emerald - Pelajar Cemerlang Kokurikulum
- Anugerah Ruby - Pelajar Cemerlang Sahsiah
- Anugerah Amethyst - Pelajar Cemerlang setiap aspek
Anugerah-anugerah ini diberikan untuk menghargai segala usaha dan keterlibatan pelajar yang menyumbang diperingkat jabatan dan PMK.
Selain daripada meraikan para pelajar, slot khas juga dikhususkan bagi meraikan para pensyarah di mana 6 kategori telah dipertandingkan di mana kategori-kategori ini telah dibuat pencalonan oleh pelajar-pelajar Jabatan Perdagangan. Antara Anugerah yang dipertandingkan bagi kategori pensyarah ialah:
- Anugerah Pensyarah Paling Stylo
- Anugerah Pensyarah Paling Berkaliber
- Anugerah Pensyarah Paling Sporting
- Anugerah Pensyarah Paling Penyayang
- Anugerah Pensyarah Paling Tegas; dan
- Anugerah Pensyarah Paling Popular.
Semoga dengan penganjuran seumpama ini dapat memberi galakan pencapaian lebih cemerlang buat semua pelajar dan mampu memberikan sedikit memori indah kepada mereka yang bakal meninggalkan Politeknik Melaka.
Disediakan oleh: Nur Izzatie Husna Zawawi