BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN

 

Oleh : Norlelah Binti Mahat

 

8 Oktober 2024 - Bengkel Pengurusan Kewangan dan Perolehan telah diadakan pada 8 hingga 9 Oktober 2024.  Bengkel ini melibatkan 60 orang staf Politeknik Melaka yang terdiri daripada Pegawai Peminta dan Pegawai Penerima di dalam Sistem ePerolehan. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi pengetahuan dalam pengurusan kewangan disamping dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti pegawai Politeknik Melaka dalam melaksanakan tugas dan peranan yang melibatkan pengurusan kewangan dan perolehan.

  

 

Bengkel ini juga bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi dan bersesuaian dengan bidang tugas yang disandang serta boleh membantu meningkatkan kompetensi diri pegawai bagi membolehkannya melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.