Oleh: Zariyah binti Abdullah
 
JOHOR BAHRU, 30 SEPTEMBER 2024 - Satu lawatan kunjung hormat dan perbincangan kompetensi CIDB di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan, Johor Bahru telah diadakan pada 30 September 2024.
Ketibaan pengurusan PMK disambut baik oleh Tn Hj. Mohd Zaidi bin Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Selatan. Lawatan diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik Pn Zeyana binti Abdullah bersama En Norhafizan (KJKA) , En. Muhammad Hafiz (KJKM) dan Pn. Ameelia (KJKE) . Turut serta dalam perbincangan tersebut adalah Pegawai Kolaborasi PMK, Pn. Zariyah dan Ketua Program DJK, En Afdzam.
Antara tawaran kursus kompetensi yang ditawarkan adalah Program Latihan Kompetensi Kemahiran Personel Binaan, Kursus Khas Teknikal CIDB Malaysia 2024, & Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia. Perbincangan dan lawatan ini cetusan idea dari En. Anuar, Pensyarah JKA yang turut hadir dalam perbincangan dan turut serta juga wakil dari ABM En Khairulazli dan En Fairoz.
Lawatan dan taklimat CIDB juga turut dihadiri oleh 30 orang pelajar dengan diiringi pensyarah dari JKM, Ts. Abd. Halim dan En. Zaiful dari JKE.