23 Julai 2024, Selandar - JMSK telah menganjurkan satu program Team Building sambil menikmati kehijauan hutan di Taman Eko Rimba Selandar Melaka pada 23 Julai 2024. Semua peserta didedahkan dengan sukan memanah dan ikhtiar hidup atau "basic survival" . Aktiviti dimulakan dahulu dengan sesi "warming up" dan kemudian" ice breaking" yang dikendalikan oleh Sarjan Mat Radzuan. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk aktiviti memanah yang dilatih oleh Sarjan Mohd Farid. Peserta juga di perkenalkan dengan tumbuh- tumbuhan hutan yang boleh dijadikan makanan dan minuman sebagai ikhtiar hidup. Sarjan Mohd Farid yang pernah melalui pengalaman menjalankan operasi di Lahad Datu menceritakan pengalaman ikhtiar hidup di hutan dan mengajar peserta cara menghidupkan api di hutan. Di akhir aktiviti peserta bertanding dalam menyiapkan menu minum petang dengan berbekalkan bahan-bahan asas yang disediakan. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan sijil kepada peserta oleh En. Nik Zaidi bin Peei dengan diiringi Ketua Jabatan JMSK, Pn Hawa Bentong. Terima kasih kepada pihak Eko Rimba dan semua fasilitator yang terlibat dalam menjayakan program. Tahniah kepada Pn Zariyah selaku Pengarah Program serta semua staf JMSK atas penganjuran dan komitmen yang diberikan. Semoga program ini dapat merapatkan ukhuwah dan meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja JMSK.