Penulis : Yuhani binti Jamian

Melaka, 20 Jun 2024 – Center of Building Technology (COBTech) Politeknik Melaka telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Teknologi Politeknik Port Dickson  (CArT). Lawatan ini adalah bertujuan untuk mempelajari amalan pengurusan terbaik Center of Technology(COT) Politeknik Port Dickson dan meningkatkan pengetahuan berkaitan keperluan audit pencapaian COBTech PMK untuk permohonan 2-star rating pada masa akan datang.

Delegasi COBTech terdiri daripada 7 orang diketuai oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Melaka iaitu En. Norhafizan bin Majid. Turut bersama adalah Pengurus COBTech, Pn Yuhani binti Jamian dan jawatankuasa COBTech.  Delegasi disambut baik oleh pihak Pengurusan JKA, Ts. Dr. Hj. Engku Shahrulerizal bin Hj. Engku Ab Rahman (Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam), Puan Isma Zaida binti Din selaku Pengurus CArt.dan ahli jawatankuasa CArt.

Selain daripada perkongsian ilmu oleh pihak CArt berkenaan amalan baik yang dilaksanakan, kami juga telah membincangkan berkenaan amalan baik yang dilaksanakan di Politeknik masing-masing disamping isu semasa yang dihadapi dalam melaksanakan aktiviti dan program COT.

Semoga lawatan ini memberi impak yang positif bukan sahaja kepada pengurusan COBTech Polietknik Melaka tetapi juga kepada CArt supaya terus maju jaya.