20 MEI 2024 - Taklimat 2 ( Persediaan Latihan Industri ) anjuran UPLI, CISEC telah di jalankan bagi  pelajar semester akhir Politeknik Melaka sebagai langkah persediaan pelajar sebelum menjalani latihan industri bagi sesi latihan SESI 1 2024/2025 . Seramai 111 pelajar semester akhir terlibat dengan taklimat ini. Taklimat telah di jalankan  iaitu slot  Taklimat 1 pada   8.30 PAGI- 11.00 pagi  dan slot Taklimat 2 pada     11.30 pagi  – 1.00 petang (PELAJAR SEMESTER AKHIR DJK ,  DKA, DKM, DAT & DPI ).

2 slot telah di sampaikan 2 penceramah, taklimat di sampaikan oleh En Sahzali Bin Mohd Ramli dan Ts. Rajandran a/l Morthui . Taklimat slot 1 di terangkan secara terperinci mengenai tatacara sebelum, semasa dan selepas  latihan serta arahan-arahan yang perlu pelajar patuhi semasa menjalani latihan industri. Manakala taklimat slot  2 di terangkan mengenai penulisan Buku log pelajar serta penulisan laporan akhir latihan pelajar.

  

 

Sumber : Sahzali bin Mohd Ramli (Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri)