HUSSEIN BIN MD ZAN

6 MEI 2024, Tanjung Bin, Pontian, Johor -Seramai 30 pelajar yang Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) yang mengambil kursus termodinamik sesi 2 2023/2024 telah mengadakan lawatan akademik ke Loji Janakuasa Tanjung Bin pada 6/05/2024 (Isnin) dengan diiringi oleh 2 orang pensyarah iaitu En. Hussein bin Md Zan dan En. Abd Halim bin Mahat. Tujuan lawatan tersebut dijalankan adalah untuk memberi kefahaman kepada para pelajar hubungkait antara teori termodinamik yang dipelajari di kelas dengan aplikasinya di bidang industri penjanaan tenaga.

Loji janakuasa Tanjung Bin Energy (TBE), juga dikenali sebagai T4, ialah loji janakuasa arang batu supercritical-steam yang terletak di Pontian, Johor. Kapasiti penjanaan tenaga adalah sebanyak 1,000MW merupakan lanjutan daripada Loji Janakuasa Tanjung Bin (TBPP) sedia ada dibawah syarikat Malakoff, yang mempunyai kapasiti penjanaan keseluruhan sebanyak 2,100MW.


Selain itu, lawatan ini telah menemukan pelajar program DKM Politeknik Melaka yang sedang menjalani latihan industri sesi 2 2023/2024 di Loji janakuasa Tanjung Bin Energy (TBE), iaitu Muhamad Hafis Hafizat Bin Japri. Beliau turut diberi peluang menyampai sedikit ucapan motivasi kepada para pelajar akan pentingnya ilmu yang dipelajari di politeknik supaya dapat dipratikal di bidang kerja kelak. Setinggi tahniah juga kepada beliau yang telah diterima bekerja Loji janakuasa Tanjung Bin Energy (TBE), walaupun masih dalam tempoh menjalani latihan industri. Ini membuktikan pelajar Politeknik khususnya Politeknik Melaka diterima bekerja di industri yang berimpak tinggi.

Secara keseluruhannya, lawatan ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar program DKM yang mengambil kursus termodinamik. Antaranya, pelajar di dedahkan prosek laluan kerjaya di dalam bidang industri penjanaan tenaga samada bidang teknikal atau pengurusan. Seterusnya, diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi bagi para pelajar yang akan mengikuti kursus termodinamik dan bukan sekadar memenuhi KPI sahaja.