JKE PERKASAKAN PENGETAHUAN CIST & DUBLIN ATTRIBUTES
Oleh : Ameelia Binti Ibrahim
Politeknik Melaka, 20 Mac 2024 – Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Melaka telah mengadakan Kursus Pemurnian Coursework Item Spesification Table (CIST) dan Pengukuhan Dublin Attributes Mengikut Standard ETAC untuk program DJK yang telah disampaikan oleh Puan Noorfozila binti Bahari, pensyarah daripada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Selain dapat memperkasakan staf dengan pengetahuan mengenai persediaan membuat penilaian berterusan pelajar, staf juga dapat bersedia lebih awal sebelum ke arah penambahbaikan kurikulum baharu pada sesi yang akan datang. Lantaran, pengetahuan untuk penggunaan Dublin Attributes dalam penilaian berterusan juga dapat ditingkatkan. Hal ini amat diperlukan untuk pemantapan staf dan memastikan pembelajaran dan pengajaran (pdp) sentiasa mengikut standard yang ditetapkan.
Secara keseluruhannya, melalui kursus sebegini dapat menghasilkan pensyarah yang berkeyakinan tinggi serta mempunyai pengetahuan dalam Dublin Profile dan melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (pdp) mengikut kriteria ETAC seterusnya menghasilkan graduan yang bersifat holistik serta berdaya maju memenuhi keperluan TVET negara.