Oleh : Majlis Perwakilan Pelajar

 

18 MAC 2024, Politeknik Melaka - Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan EXCO Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berlangsung di Dewan Serbaguna bagi Sesi II 2023/2024.

Seramai 24 orang telah terpilih menerima Watikah Pelantikan pada sesi kali ini. Seramai 6 orang ahli telah dilantik sebagai Majlis Tertinggi dan 12 orang EXCO dilantik serta 4 orang pengerusi jabatan dan 2 orang Presiden Kelab telah dilantik di bawah organisasi masing-masing. Tahniah diucapkan kepada saudari Siti Hadijah Binti Nurmal dari Jabatan Perdagangan , yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi II 2023/2024.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Sr. Hj Razali Bin Johari, Pengarah Politeknik Melaka bagi menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan EXCO Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi II 2023/2024.

Selain daripada watikah pelantikan, beberapa isu pelajar juga telah disuarakan daripada Majlis Perwakilan Pelajar kepada pihak atasan bagi mengemukakan cadangan dan juga aduan yang diterima daripada para pelajar, dimana Majlis Perwakilan Pelajar dapat membantu pelajar membincangkan masalah dan juga cadangan mereka kepada pihak atasan.