LAWATAN PENANDAARASAN – ENGINEERING TECHNOLOGY ACCREDITATION COUNCIL (ETAC) JKE, POLITEKNIK MELAKA
LAWATAN PENANDAARASAN – ENGINEERING TECHNOLOGY ACCREDITATION COUNCIL (ETAC) JKE, POLITEKNIK MELAKA
Oleh: Lian Ai Chen
Beranang, Selangor – Salah satu keperluan dalam akreditasi Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) adalah mengadakan lawatan penandaarasan ke Institut Pengajian Tinggi Awam. Dengan itu, satu lawatan penandaarasan bagi perlaksanaan akreditasi ETAC di bawah program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) (DJK), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Melaka (PMK) telah diadakan di MARA-Japan Industrial Institute (MJII) yang terletak di Beranang, Selangor. Lawatan penandaarasan ini menjurus kepada Jabatan Kejuruteraan Elektronik (Pengukuran Elektronik dan Kawalan), MJII yang menwarkan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Pengukuran Elektronik dan Kawalan). Lawatan telah diadakan pada 16 Mac 2023 dan disertai oleh 14 orang staf akademik JKE.
Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan perbincangan dan maklumbalas berkaitan penilaian bagi Programme Learning Outcome (PLO), kaedah dan instrumen pengukuran berkaitan pencapaian Programme Educational Objectives (PEO) dan proses pelaksanaan kursus Projek Akhir pelajar antara kedua-dua pihak.
Lawatan dimulakan dengan sesi pengenalan diri antara pihak Politeknik Melaka dan MJII Beranang. Pengenalan MJII Beranang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Pn Aznira binti Abdullah dan sesi pengenalan Politeknik Melaka disampaikan oleh Ketua Jabatan Elektrik, Ts. Mohd Nordin Bin Mohd Jani. Seterusnya sesi pembentangan diteruskan dengan perkongsian penandaarasan Program antara Politeknik Melaka dan MJII Beranang yang diketuai oleh Ketua Program DJK, Pn Ameelia Binti Ibrahim dari Politeknik Melaka dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektronik (Pengukuran Elektronik dan Kawalan), Pn Zalina Zulkabli dari MJII Beranang.
Hasil perbincangan mendapati penilaian bagi Programme Learning Outcome (PLO) iaitu PLO7 bagi MJII adalah dalam kursus Electronics Workshop dan Digital Electronic Fundamentals. dan bagi PMK ia dilaksanakan dalam kursus Programmable Logic Controller (PLC) & Automation. Didapati kedua-dua institusi menggunakan rubrik penilaian tertentu untuk PLO7.
Hasil perbincangan juga mendapati Projek Akhir pelajar di MJII adalah sama seperti dipraktikan di Politeknik Melaka iaitu perlaksnaan projek akhir pelajar secara individu dan penilaian projek melalui progress report di dalam buku log dan laporan Projek Akhir. Manakala di akhir semester, pelajar dikehendaki membentangkan hasil projek semasa Hari Pameran atau Hari Terbuka.Selain itu, pihak kami berpeluang melawat beberapa tempat fasiliti dan makmal seperti Unit Peperiksaan & Penilaian (UPP), perpustakaan, SCADA Lab dan Measurement & Control Lab, MJII.
Lawatan penandaarasan telah berjalan dengan lancar dan kedua-dua pihak sangat berpuas hati daripada perkongsian penandaarasan ini. Ianya memberi banyak maklumat yang sangat bermanfaat untuk kedua-dua pihak dan berharap kolaborasi ini diteruskan di masa akan datang melalui perlaksanaan kerjasama yang lain.