23 NOVEMBER – Program ROCK N' BOWL yang berlangsung di Melaka International Bowling Centre (MIBC) telah melibat seramai 33 pelajar ,21 pensyarah dan 17 ahli jawatankuasa CODES. Program yang melibatkan pelajar semester satu hingga lima ini dijalankan atas tujuan untuk mengeratkan hubungan di antara pelajar Jabatan Perdagangan dengan para pensyarah.

Selain daripada itu, program ROCK N' BOWL ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam kalangan pelajar mahupun pensyarah . Seterusnya, menyihatkan tubuh badan serta merangsang pelajar untuk kekal aktif.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang pertandingan ROCK N BOWL yang telah dijalankan. Diharapkan program seperti ini akan menjadikan diri pelajar mempelajari sesuatu yang boleh dijadikan manfaat pada masa akan datang.

Sumber: Puan Noor Azira Sawal