como crear una pagina web

Oleh: Muhamad Faiz Jofri

Melaka, 27 Ogos 2025 โ€“ Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Melaka sekali lagi telah melakar pencapaian penting dengan pelaksanaan Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015. Audit ini dijalankan oleh En. Firdaus Bin Abdullah, auditor bertauliah dari Lloydโ€™s Register Quality Assurance (LRQA), yang hadir bagi menilai tahap pematuhan sistem pengurusan kualiti jabatan terhadap piawaian antarabangsa. Audit ini memberi tumpuan kepada aspek pengurusan kualiti yang merangkumi semakan dokumentasi, rekod kerja, proses akademik, pentadbiran serta keberkesanan penambahbaikan berterusan. Sepanjang audit berlangsung, warga Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mempamerkan profesionalisme serta kesungguhan dalam mengekalkan budaya kualiti. Pensijilan ISO 9001:2015 bukan sahaja menjadi bukti komitmen jabatan terhadap mutu pengurusan dan perkhidmatan, malah memperkukuh keyakinan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pelajar, industri serta masyarakat terhadap keupayaan Politeknik Melaka. Kejayaan mengekalkan pensijilan ini akan terus memacu jabatan untuk memastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan sentiasa relevan dan memenuhi kehendak industri semasa. Dengan hasil audit yang positif ini, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berazam untuk meneruskan usaha penambahbaikan berterusan selaras dengan visi Politeknik Melaka dalam melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan berintegriti tinggi.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas