๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Oleh: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
ย
23 Ogos, Melaka - Pelajar Politeknik Melaka turut serta memeriahkan Permainan Rakyat sempena Pocket Event Merdeka semalam bertempat di Perkarangan Menara Taming Sari. Aktiviti seperti Dam Aji, Congkak, dan Poco-Poco bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberikan pendedahan kepada warisan budaya tempatan. Pelajar Politeknik Melaka dan kakitangan Menara Taming Sari bersama-sama menyantuni para pengunjung Menara Taming Sari yang datang melawat Negeri Melaka melalui permainan rakyat ini. Terima kasih kepada Melaka Taming Sari Berhad atas jemputan dan penganjuran program yang bermakna ini.
#PMKfighters #BersamaPMK #PMKBekerjaย #rancakkanPMK