Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Oleh : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

 

Melaka, 29 Ogos 2025 – Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Bicara Kenegaraan: Aku Kasih Malaysia , Mahasiswa Politeknik Melaka pada hari ini yang bertempat di Rumah Seri Kenangan, Cheng, Melaka. Program ini melibatkan kerjasama antara Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Melaka.

Acara dimulakan dengan Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh fasilitator dari Akademik Kenegaraan Malaysia. Para peserta diberi peluang untuk mendalami topik-topik berkaitan dengan kenegaraan serta menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam kehidupan seharian.

Selain itu, turut diadakan pembentangan kertas kerja dan laporan yang disampaikan oleh pelajar. Para peserta diberi peluang untuk berkongsi hasil kajian mereka mengenai pembangunan negara serta peranan belia dalam menyokong kemajuan negara.

Program ini ditutup dengan aktiviti bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan, yang memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi dan berkongsi kasih sayang serta kepedulian dengan golongan warga emas. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara generasi muda dan tua serta menggalakkan rasa hormat terhadap mereka.

Secara keseluruhan, program ini tidak hanya memperkaya pengetahuan para peserta mengenai kenegaraan, tetapi juga memperkukuhkan lagi nilai-nilai sosial dan kebajikan dalam kalangan masyarakat Politeknik Melaka.

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas