como crear una pagina web

Oleh : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

ย 

Melaka, 27 Ogos 2025 โ€“ Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Port Dickson dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Melaka telah melaksanakan program Learning Beyond Borders: Benchmarking with Politeknik Melaka bertempat di Politeknik Melaka.

Program ini bertujuan meneroka amalan terbaik JPP Politeknik Melaka dalam aspek pengurusan akademik, pembangunan pelajar, inovasi pengajaran dan keusahawanan. Antara pengisian utama termasuk sesi pertukaran pendapat, lawatan ke bilik khas serta perbincangan dua hala untuk memperkukuh kerjasama antara institusi dalam memperkasakan pendidikan TVET.

Program ini turut mendapat bimbingan daripada Puan Noor Fazreena Binti Abdul Wahab selaku Penasihat JPP Politeknik Port Dickson, serta En. Mohd Khairuddin Bin Ahmad Khair, Ketua Unit Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar. En. Mohd Nazim Bin Zakaria dan Puan Rabiah Binti Mohamad, selaku Penasihat JPP Politeknik Melaka.

#rancakkanPMKย #PMKBekerja

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas