COMMERCE WEEK 2025
Oleh : Norizah Binti Mahasan
Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka telah menganjurkan Commerce Week 2025 pada 14 April 2025 hingga 17 April 2025 yang telah berlangsung di Politeknik Melaka. Commerce Week 2025 merupakan sebuah program yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang perniagaan dan perakaunan serta memupuk semangat kerjasama dan persaingan sihat melalui aktiviti dan pertandingan.
Program ini berjaya mencapai sasaran sebanyak 200 penyertaan pelajar meliputi Jabatan Perdagangan dan jabatan-jabatan lain. Sepanjang program ini dijalankan, terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dilaksanakan antaranya ialah Accounting Quiz, Accounting Fun Game, VTT Competition, LHDN Fun Day, JP Explorace, Speak Like a Chef, Alumni & Industry Talk, Pertandingan Inovasi Smart Green (PISG’25), Green Recycle Steps Stones, IB Cultural Competition, International Marketing Trade Games, Pembentangan Final Year Project (FYP) dan Gerai Jualan Keusahawanan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Zeyana Binti Abdullah, Timbalan Pengarah Akademik pada 17 April 2025.
Majlis penutup ini juga telah diadakan serentak dengan Hari Tebuka Politeknik Melaka yang telah dirasmikan oleh YB Allex Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan Koperasi & Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka. Commerce Week 2025 telah berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang perniagaan, serta memupuk semangat kerjasama dan persaingan sihat. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan lebih banyak aktiviti dan penyertaan.