como crear una pagina web

HUTAN SIMPAN ULU BENDUL, 26 APRIL - Aktiviti penjelajahan hutan dan mendaki Gunung Angsi Negeri Sembilan telah dijalankan pada 26 April (Sabtu). Seawal 4.30pagi seramai 21 orang pelajar dari Politeknik Melaka telah bergerak menaiki bas politeknik menuju ke Hentian Ulu Bendul bagi menunaikan Solat Suboh. Usai solat dan sarapan pagi, kumpulan ini bergerak ke Pintu masuk Gunung Angsi bagi memulakan pendakian. Setelah melakukan sedikit regangan otot, kira 8.00pagi mereka memulakan langkah pendakian sehingga jam 10pagi mereka berjaya sampai ke puncak Gnung Angsi. Mengambil masa kira-kira1 jam berada di atas puncak, pelajar menikmati hidangan makan tengahari dan merakam foto dan video. Kira-kira jam 1.15 petang , semua pelajar telah selamat turun semula ke bawah. Penganjuran oleh CESAC ini akhirnya selamat pulang dan tiba di politeknik pada jam 4.00 petang. 

Program “GUNUNG ANGSI CHALLENGE” ini diadakan bertujuan untuk melahirkan peserta yang sihat sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Program ini sedikit sebanyak telah membentuk jati diri pelajar dari segi ketahanan mental. Selain itu, program ini memberi latihan kepada siswa siswi untuk hidup berdikari dalam apa jua keadaan. Seterusnya, program ini telah memberi pendedahan kepada siswa dan siswi bagi mengendali sesebuah aktiviti atau lawatan yang perlu dilaksanakan dengan berkesan dan juga mengenali selok belok mengenai kehidupan Gunung Angsi,Negeri Sembilan. Program ini juga telah membuka mata pelajar-pelajar tentang keseronokan ketika mendaki gunung. Justeru, peluang seperti ini telah mencipta kenangan pelajar bersama rakan-rakan.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas