como crear una pagina web

 

KAMPUNG SG PAH, 27 APRIL – Kem Bina Insan Siswa berupa kursus amali komunikasi berkesan telah dijalankan pada 27 April (Ahad). Seawal 6.30pagi seramai 15 orang pelajar dari Politeknik Melaka telah bergerak menaiki bas politeknik melalui Felda Batu Rokan bagi menikmati sarapan pagi. Perjalanan diteruskan bergerak ke Dusun Tok Ibu Kampung Sungai Pah bagi memulakan persiapan kem. Setelah tiba di kem, kira-kira 11.00pagi mereka mula dengan Modul 1 menyediakan hidangan tengahari secara bergotong royong. Usai menikmati santapan tengahari, peserta melakukan Modul 2 dengan berinterkasi dengan ungags-unggas dan hidupan yang ada disekeliling tempat ini. 

Program “KEM BINA INSAN SISWA” ini memberikan pendedahan dan mendidik pelajar dalam aspek berkomunikasi secara efektif dalam organisasi bagi membentuk pelajar sebagai pemimpin masa depan yang cemerlang khusus bagi bidang kejuruteraan awam dan komunikasi alam. Dijalankan di Dusun Tok Ibu kerana lokasi di persekitaran alam semulajadi. Keseimbangan kemahiran komunikasi pelajar terhadap intelektual, fizikal dan emosi tidak dapat dinafikan dalam rangka mencapai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), Transformasi Politeknik, Pemerkasaan kolej Komuniti dan Revolusi Industri (IR) 4.0

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas