como crear una pagina web

Oleh :  Nor Suriati Binti Jamaludin

Melaka, 24 April 2025 – Jabatan Pengajian Am Politeknik Melaka telah menganjurkan Lawatan Pendidikan ke Muzium Penjara Banda Hilir pada 24 April 2025 (Khamis). Lawatan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari bertempat di Muzium Penjara Banda Hilir, Jalan Parameswara, Melaka. Lawatan ini disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar semester satu Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik serta para pelajar semester dua Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal  yang mengambil kursus MPU21072- Penghayatan Etika & Peradaban. Para pelajar diiringi oleh 5 orang pensyarah daripada Jabatan Pengajian Am.

 

Lawatan ini dimulai dengan sesi penerangan oleh Sarjan Nor Hazwani Binti Zulkifli tentang hukuman gantung dan tatacara pelaksanaan hukuman gantung. Para pelajar juga dapat melihat sendiri sel-sel penjara  dan juga bilik di mana hukuman gantung dilaksanakan. Selain itu, para pelajar juga berpeluang menonton tayangan video mengenai tatacara pelaksanaan hukuman sebat rotan. Setelah itu, para pelajar dibawa melawat pameran barang-barang yang terdapat di muzium ini seperti gari, lokap sementara, tali gantung, sel asingan, pakaian-pakaian banduan, alatan dan kelengkapan yang digunakan oleh banduan, tempat mandi banduan, dan lain-lain lagi.

 

Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kesalahan jenayah dan hukumannya. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memupuk keinsafan di dalam diri para pelajar mengenai kes jenayah dan seterusnya dapat membentuk individu dan masyarakat yang beretika serta berakhlak mulia. Rata-rata pelajar memberikan komen yang positif terhadap lawatan ini dan berharap agar lawatan ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.

 

           

 

                                                          

 

                                                         

 

                                                        

           

 

 

 

 

 

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas