como crear una pagina web

Oleh : CISEC Politeknik Melaka

28 Februari 2025, PMK – Satu perbincangan kolaborasi telah berlangsung di Bilik Persidangan Politeknik Melaka bersama pihak China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd. Perbincangan ini telah diaturkan oleh pihak GMP Quality Consultant iaitu Mr. CP Ng. Wakil dari pihak China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd yang hadir adalah seramai tiga orang manakala pihak Politeknik Melaka diketuai oleh pengarah Politeknik Melaka, Dr. Hjh. Shahiza binti Dato’ Hj. Ahmad Zainuddin, Dr.Azlan bin Muharam (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik), Pn. Pn. Ameelia binti Ibrahim (Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik), Dr. Muhammad Hafiz bin Kamarudin (Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal), Pn Radziah binti Abd. Rahman (Wakil Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam), Pn. Zaihan binti Haron (Ketua Unit CISEC), Pn. Suriani Nasution binti Padzlan (Pegawai Kolaborasi PMK), En. Sahzali bin Mohd Ramli (Ketua UPLI) dan Pn. Nurul-Fateha Binti Md Sandollah (PPA PMK).

 Sesi perbincangan dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai Politeknik Melaka oleh Pengarah Politeknik Melaka dan diteruskan dengan pembentangan dari pihak ECRL. Intipati perbincangan ini adalah berkaitan dengan penawaran latihan industri kepada para pelajar Politeknik Melaka terutamanya dalam bidang Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal. Peluang menarik ditawarkan kepada pelajar yang berminat dari segi elaun yang diberikan. Projek yang dibentangkan terletak di Selangor, Terengganu dan Pahang. Penempatan pekerjaan dan pekerjaan untuk para graduan juga turut dibincangkan. Sesi perbincangan lanjut akan dibuat dan majlis ditutup dengan sesi penyampaian cenderahati di antara kedua-dua pihak.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas