como crear una pagina web

Oleh: Shahrulnizam Bakar

Bandar Hilir, 20 Februari 2025 - Sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan, Kementerian Perpaduan Negara telah menganjurkan Pertandingan Eksplorasi Jejak Merdeka di sekitar kawawan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Politeknik Melaka telah menghantar 2 kumpulan diwakili oleh 10 orang pelajar dan 2 orang pensyarah.

Terdapat 6 "check point" yang perlu dicari dan diselesaikan tugasan berbeza setiap "check point". Antaranya "check point" di Bangunan Merah, A Famosa, Istana Kesultanan Melaka dan Muzium Samudera. Antara tugasan yang perlu diselesaikan pula adalah bersilat untuk tempoh seminit, menjahit kain untuk dibuat pakaian lengkap dan menggantung botol air menggunakan batang aiskrim, tali dan getah.

Alhamdulillah, daripada 17 kumpulan yang bertanding, PMK telah mendapat tempat ketiga dan diharapkan para peserta akan dapat menyelami sejarah berharga peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu.

 

 

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas