como crear una pagina web

Disediakan oleh : Shahida Binti Nordin

31 Disember 2024 – Jawatankuasa EKSA, Politeknik Melaka (PMK) telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana EKSA pada 30 dan 31 Disember 2024 yang disertai oleh semua pensyarah dan pekerja PMK sebagai persediaan proses P&P bagi Sesi II 2024/2025 yang akan bermula pada 6 Januari 2025. Aktiviti EKSA ini dilaksanakan bertujuan membudayakan aktiviti EKSA di kalangan warga PMK di samping menyediakan ruang pejabat, bilik kuliah, dewan kuliah, makmal & bengkel yang bersih bagi keselesaan semua warga PMK.

Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari program berlangsung. Di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah sisih, susun dan seragam bilik kuliah, makmal & bengkel serta dewan kuliah, dinding laluan ke bilik dan dewan kuliah serta melupus sisa dan sampah selain mengemaskini papan kenyataan yang terdapat di sekitar PMK.

Semoga usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa EKSA ini dapat menjadikan PMK lebih ceria, bersih dan selesa untuk semua warga PMK bagi menghadapi proses P&P Sesi II 2024/2025 ini.

 

                 

      

       

     

   

 

 

 

 

 

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas