Oleh Nor Suriati Binti Jamaludin

Melaka, 18 Oktober 2024 – Jawatankuasa EKSA  Politeknik Melaka (PMK) telah mengadakan lawatan penanda aras EKSA ke Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) bertempat di Bukit Baru, Melaka pada 18 Oktober 2024 (Jumaat). Lawatan ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 20 orang ahli jawatankuasa EKSA PMK dan ahli jawatankuasa Smartgreen PMK telah menyertai lawatan ini. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menimba ilmu mengenai EKSA bagi meningkatkan pengurusan dan strategi perlaksanaan EKSA yang berkualiti di Politeknik Melaka.

Lawatan penanda aras ini dimulai dengan sesi taklimat EKSA daripada pihak Akademi Kastam Diraja (AKMAL) pada jam 9.00 pagi di Auditorium AKMAL. Taklimat ini telah disampaikan  oleh Tuan Mohd Shaharudin Bin Sulaiman selaku ketua pelaksana EKSA di AKMAL.  Pada jam 9.45 pagi pula semua peserta dibawa melawat sekitar Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) untuk melihat bagaimana pengamalan EKSA di AKMAL. Lawatan penanda aras ini berakhir jam 12.00 tengahari.

Secara keseluruhannya lawatan ini telah berjalan dengan lancar dan secara tidak langsung juga lawatan ini dapat mewujudkan jalinan kolaborasi dan kerjasama serta menjalinkan ukhuwah antara Politeknik Melaka dengan Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) . Daripada lawatan ini para peserta dapat menimba ilmu tentang EKSA dan mencontohi pengamalan EKSA daripada AKMAL seterusnya mempraktikkan amalan tersebut di Politeknik Melaka.