9 MEI 2024 – Telah berlangsung majlis apresiasi dan perpisahan bagi pelajar semester 5 Jabatan Perdagangan di Mudzaffar Hotel, Ayer Keroh. Majlis ini adalah bertujuan bagi meraikan mereka yang bakal meneruskan pengajian dengan menjalani latihan industri dan seterusnya yang akan meninggalkan Politeknik Melaka. Seramai 55 orang pelajar yang terdiri daripada Program Diploma Akauntansi dan Diploma Perniagaan Antarabangsa telah menyertai majlis yang dilaksanakan.

Majlis ini telah dirancang dan dilaksanakan oleh Commerce Club PMK (COMMERS) bagi tujuan menghargai pelajar-pelajar semester 5. Terdapat sebanyak 9 anugerah telah diberikan kepada para pelajar yang layak. Antara anugerah yang disediakan untuk para pelajar ialah:

  1. Anugerah Eisntein kategori Diploma Akauntansi dan Diploma Perniagaan Antarabangsa. Anugerah ini adalah bagi pelajar cemerlang dalam bidang akademik.
  2. Anugerah Luminescence kategori Diploma Akauntansi dan Diploma Perniagaan Antarabangsa. Anugerah ini disediakan khas bagi pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
  3. Anugerah Al-Ghazali kategori Diploma Akauntansi dan Diploma Perniagaan Antarabangsa. Anugerah ini adalah untuk pelajar yang mempunyai sahsiah cemerlang.
  4. Anugerah Tokoh Pelajar kategori Diploma Akauntansi dan Diploma Perniagaan Antarabangsa. Anugerah ini adalah untuk menghargai pelajar yang cemerlang dari semua aspek seperti akademik, kokurikulum dan sahsiah; dan
  5. Anugerah Tunku Abdul Rahman. Anugerah ini merupakan anugerah khas ketua jabatan yang diberikan khas untuk pelajar aktif jabatan.

 

  

  

Kesemua anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Rosmaria Binti Ismail. Harapan beliau buat para pelajar dan Jabatan Perdagangan agar terus cemerlang dan menjadi yang terbaik walau di mana mereka berada.

Semoga dengan penganjuran seumpama ini dapat memberi galakan pencapaian lebih cemerlang buat semua para pelajar dan mampu memberikan sedikit memori indah kepada mereka yang bakal meninggalkan Politeknik Melaka.